al-Haq


Engkau itu Hakikat Muhammad.
Mengapa berpegang pada jasad?

Engkau itu bayang-bayang-Nya.
Mengapa perlu ditanya-tanya?

Tak perlu minda diasak-asak.
Senyapkan anggota sirr bergerak.

Mengapa puas dengan dunia?
Hidup di sini tak pernah ada.

Jangan dicari dunia berdekad.
Usah diimpi akhirat berabad.

Utuh Sa pada maujudnya.
Wahdatul wujud pegangannya.

AL-FAQIR IBNU RUM
JUMAAT, 13 JANUARI 2012

0 comments:

 

Tentang Kami

Blog ini adalah hasil kerjasama antara dua unit Pendidikan Islam, iaitu K18 dan K19 untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Kepujian) di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, bertujuan untuk memantapkan perkongsian ilmu dan maklumat selain memudahkan interaksi untuk kemudahan bersama. Sebarang pertanyaan dan cadangan penambahbaikan sila emailkan ke pengajianagama@gmail.com