K18 & K19 - PIM3101 Minggu 1

K18 & K19
PIM3101: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH
MINGGU 1 
KHAMIS, 5 JANUARI 2012, 11.00 PAGI – 12.30 TENGAH HARI
PENSYARAH: PUAN SITI JUARIAH BINTI TARMUJI

*Taklimat
salinan hardcopy nota kuliah/taklimat

Kandungan:

1. Pensyarah memperkenalkan kepada kami tentang latar belakang subjek yang dipelajari, performa, dan hal-hal berkaitan yang perlu diketahui sebagai permulaan kepada memasuki pengajian ijazah.
2. Pensyarah menceritakan tentang kepentingan portfolio yang sistematik, dan meminta seorang pelajar dari setiap kelas untuk diketengahkan untuk menghadapi kemungkinan kedatangan audit dari MQA pada bila-bila masa untuk memantau kualiti pengurusan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh.
3. Pensyarah meminta pelajar melantik empat orang pelajar, dua dari Unit K18 dan dua orang dari unit K19 untuk ditugaskan membuat buku panduan PISMP bagi major Pendidikan Islam untuk setiap semester.
4. Pensyarah menasihatkan pelajar supaya lebih serius dan bertanggungjawab serta lebih matang, lebih-lebih lagi setelah digelar mahasiswa sebaik melangkah masuk ke pengajian ijazah setelah berjaya menamatkan program pra-universiti selama setahun setengah, iaitu tiga semester sebelumnya.
5. Pensyarah membahagikan tugasan yang terkandung dalam performa, untuk dibahagikan kepada kumpulan masing-masing yang terdiri dari dua orang untuk setiap semester. Tugasan yang diberi adalah melibatkan untuk sesi pembentangan dan juga ISL yang akan dimulakan pada minggu yang seterusnya.
6. Pensyarah memberikan salinan kepada pelajar untuk disalin ke dalam cakera luaran.


Tindakan:

1. Dapatkan lebih maklumat berkaitan subjek yang dipelajari, latar belakang dan sejarah dari sumber laman maya dan buku-buku rujukan untuk lebih pemahaman.
2. Bersedia dan berubah ke arah yang lebih baik, lebih matang dalam tindakan sejajar dengan peranan pelajar sebagai mahasiswa pengajian ijazah.
3. Bertanyakan dan dapatkan bimbingan dari pensyarah berkaitan tugasan yang telah diberikan untuk menghasilkan pembentangan yang berkualiti dan menetapi piawaian yang ditetapkan.
4. Kumpulan pertama siap sedia dengan tugasan dan pembentangan tajuk yang pertama pada minggu yang seterusnya.


Refleksi:

1. Pelajar mengetahui serba sedikit tentang latar belakang pengajian yang dipelajari, dan mendapat pencerahan serta penerangan, kerana baru memasuki pengajian tahap ijazah.
2. Pelajar dapat mengetahui kepentingan sistem pengurusan yang sistematik bagi mengelakkan sebarang masalah di samping berusaha menghasilkan kerja yang berkualiti. 
3. Pelajar dapat berusaha mencari sumber yang berkaitan dan melakukan tugasan yang diberikan, dan bertanyakan dengan lebih mendalam kepada pensyarah pada sesi yang akan datang.

2 comments:

syafiqah said...

Salam...

Boleh x kalau ana nak soft copy yang ustazah bagi tu???

Erm, nak tanya kepada sesiapa yang tahu... pembentangan untuk subjek ni satu kumpulan untuk minggu tu atau macam mana??? Ana keliru sedikit disini... Mohon penjelasannya ya...

musafirdunia said...

Softcopy sedang diusahakan. Line yang sangat perlahan. Nak bagi pendrive pun boleh.

Setakat yang tahu setiap kumpulan satu minggu. Tapi kena sedia juga. Mungkin ustazah nak ikut kehendak dia, kena la bersedia.

 

Tentang Kami

Blog ini adalah hasil kerjasama antara dua unit Pendidikan Islam, iaitu K18 dan K19 untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Kepujian) di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, bertujuan untuk memantapkan perkongsian ilmu dan maklumat selain memudahkan interaksi untuk kemudahan bersama. Sebarang pertanyaan dan cadangan penambahbaikan sila emailkan ke pengajianagama@gmail.com