K19 - PIM3102 Minggu 1

K19

PIM3102: PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM 
MINGGU 1
JUMAAT, 6 JANUARI 2012, 10.30 PAGI – 12.30 TENGAH HARI
PENSYARAH: ENCIK YUSRI

Strategi Pengajaran Pendidikan Islam
salinan hardcopy nota kuliah

Kandungan Kuliah:

1. Pensyarah memperkenalkan kepada kami tentang subjek yang akan kami pelajari, mengedarkan salinan performa, dan hal-hal lain yang patut kami ketahui berkaitan subjek yang dipelajari.
2. Pensyarah mencadangkan beberapa tajuk buku yang berkaitan yang boleh dibeli untuk dijadikan bahan rujukan sampingan.
3. Pensyarah menerangkan tentang tajuk pertama yang dipelajari, iaitu seperti yang terdapat dalam halaman 95, topik 6.0, buku Kurikulum, Metodologi dan Pedagogi Pengajian Islam, Edisi Kedua, KPLI Pengajian Islam & j-Qaf, Ahmad Mohd Salleh, terbitan Oxford Fajar Sdn. Bhd., Shah Alam, 2011.
4. Pensyarah memberikan tugasan tutorial untuk dibentangkan pada minggu seterusnya berkaitan hal-hal yang telah dipelajari, iaitu Induktif dan Deduktif. Setiap pelajar dibahagikan secara berpasang-pasangan dalam kumpulan berdua, kumpulan yang dilabelkan Satu akan membentangkan perkara berkaitan Induktif manakala Deduktif akan dibentangkan oleh kumpulan berlabel Dua.

Nota Kuliah (Ringkasan):

Pembahagian berdasarkan gambarajah Venn:
Pendekatan – Strategi – Kaedah – Teknik

Kaedah:

- Definisi: Perancangan atau prosedur perlu diamalkan oleh guru bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara sistematik, terancang dan teratur.
- Sistematik, teratur dan betul (mengikut peraturan). Kepentingan sistematik:  menentukan keberkesanan. (Pensyarah memberikan contoh mengambil wuduk di masjid, iaitu dengan mengambilkira aspek tertib untuk mengelakkan wuduk dari tidak sah).
- Definisi: Langkah/Cara yang perlu diguna oleh guru untuk membolehkan murid faham akan maksud sebenar pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disampaikan .
- Melibatkan semua cara efektif, membantu guru menyampaikan pengetahuan, keterampilan guru-guru, nilai-nilai, kemahiran-kemahiran yang diinginkan kepada pelajar.
- Pengajaran guru dan gaya belajar pelajar. (Pensyarah memberikan contoh perbezaan gaya belajar antara wanita dan lelaki, yang mana kebanyakan wanita lebih cenderung untuk belajar secara persendirian manakala kebanyakan lelaki lebih cenderung untuk belajar secara berkumpulan).
- Perancangan memudahkan proses pemindahan maklumat dan kemahiran kepada pelajar.
- Guru menentukan dahulu kaedah yang sesuai sebelum memikirkan tentang teknik yang akan digunakan. (Pensyarah memberikan contoh perbezaan gaya pengajaran zaman dahulu dan zaman sekarang).
- Mesti ada sasaran, hasil pembelajaran.

Panduan menentukan kaedah:

- Aplikasi yang berbeza mengikut gaya pembelajaran pelajar yang berlainan, berdasarkan faktor perbezaan dan keunikan tersendiri.
- Guru perlu faham gaya pelajar sebelum menentukan kaedah yang sesuai.
- Gaya pembelajaran: Kognitif, Efektif, Fisiologikal dalam bertindak balas dengan apa yang ada di persekitaran. (Pensyarah memberikan contoh gaya yang diajar oleh malaikat Jibril semasa menurunkan wahyu yang pertama kepada Rasulullah SAW).
- Perbezaan gaya pembelajaran adalah disebabkan oleh: perbezaan kekuatan, kelemahan, kebolehan, minat dan kecenderungan yang berbeza-beza mengikut pelajar itu sendiri.
- Kaedah yang berbeza-beza memberi peluang kepada pelajar untuk membuat aktiviti secara bebas dan aktif, iaitu berbincang, menyebarkan idea dan pemikiran, keupayaan berhujah dan mengeluarkan pendapat sendiri.

Ringkasan dalam bentuk gambar rajah

PENDEKATAN
STRATEGI
KAEDAH
TEKNIK
-          Objektif
-          Teori, prinsip, model
-          Benar, tanpa bukti, alasan
-          Mendokong teori

-          Bijaksana memilih
-          Objektif jangka panjang
-          Benar, tanpa bukti, alasan
-          Ambil kira semua aspek

-          Tindakan
-          Objektif jangka pendek
-          Usaha keseluruhan berdasarkan pendekatan
-          Mendokong pendekatan

-          Kemahiran guru
-          Ambil kira faktor


Strategi pengajaran Pendidikan Islam:
- Bersepadu
- Induktif
- Deduktif
- Qudwah Hasanah
- Kelas, kumpulan, individu
- Berpusatkan Guru
- Berpusatkan Pelajar

Pendekatan:

- Dekati, hampiri
- Bagaimana?
- Isi 

Induktif (Contoh wuduk yang telah diterangkan)
- Pelajar berpeluang buat kesimpulan
- Beri Contoh-Umum
- Tidak menggalakkan definisi
- Dapatkan hukum
- Contoh khusus, perhati, kaji, kesimpulan umum
- Konsep, Ciri, Prinsip, Kebaikan (rangsang, berdikari, strategi, masalah)

Deduktif
- Belajar, terangkan dahulu
- Hoskut
- Peraturan-Fakta
- Prinsip: Oleksi-Rumus

Pemusatan Pelajar (Pensyarah memberi contoh gaya pembelajaran di Institusi Pendidikan Tinggi)
- Penglibatan
- Bincang, rancang
- Guru hanya jadi pembimbing, pemudahcara, dan panduan ringkas

Pendekatan Bersepadu
- Kurikulum yang menggabungkan akal dan ilmu wahyu
- Isi pelajaran, contohnya gabungan Sirah dan Akhlak
- Kaedah pengajaran: Menggabungkan kesemua, mengaitkan, menghubungkan, mengukuhkan akal dengan ilmu wahyu

*Nota tambahan (luar kuliah) boleh didapati dalam buku tersebut bermula halaman 95


Refleksi:

1. Pelajar mengetahui serba sedikit tentang latar belakang pengajian yang dipelajari, dan mendapat pencerahan serta penerangan, kerana baru memasuki pengajian tahap ijazah.
2. Pelajar dapat mengetahui perbezaan, definisi dan hal-hal yang berkaitan yang perlu dipraktikkan sebagai seorang guru di sekolah.
3. Pelajar dapat mengaitkannya dengan contoh semasa dan keperluan yang perlu diutamakan.
4. Pelajar dapat serba sedikit tentang pengurusan proses P&P murid di sekolah.
5. Pelajar dapat melakukan tugasan yang diberikan, dan bertanyakan dengan lebih mendalam kepada pensyarah dalam sesi tutorial yang akan datang.

Tindakan:

1. Baca buku rujukan, dapatkan maklumat tambahan di internet.
2. Ketahui contoh-contoh yang berkaitan, dan kesesuaian setiap satu.
3. Bertanya kepada pensyarah jika tidak faham.
4. Siap sedia dengan pembentangan dan sesi tutorial yang akan datang.

3 comments:

Anonymous said...

msih blum kuasai ttg induktif dgn deduktif,mgkin dpt lebih faham bila hanpa present nti..huhu

Anonymous said...

kpd semua group yg present,hrap dpt pastikn tajuk anda sme yea..sila check dgn ajwad..=)
-haMdi husaiNi-

Anonymous said...

setelah lame loading..baru skg dpt bukak...pergh...lembap line nih!!

 

Tentang Kami

Blog ini adalah hasil kerjasama antara dua unit Pendidikan Islam, iaitu K18 dan K19 untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Kepujian) di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, bertujuan untuk memantapkan perkongsian ilmu dan maklumat selain memudahkan interaksi untuk kemudahan bersama. Sebarang pertanyaan dan cadangan penambahbaikan sila emailkan ke pengajianagama@gmail.com